1.0 Pengenalan
Arus modenisasi yang dikecapi masyarakat
global masa kini menyebabkan statut perundangan terutamanya aspek keterangan perlu
menjalani proses semakan semula supaya ia selari dengan tuntutan semasa.
Undang-undang syariah juga terkena tempiasnya. Sehingga ke hari ini, tokoh
perundangan dan ahli akademik masih menjalankan proses semakan semula statut undang-undang
keterangan Islam.[1]
Oleh itu, artikel ini cuba untuk mengeluarkan semula aspek-aspek keterangan
yang telah digariskan oleh fuqaha dan ulama’ terdahulu dan menilai sejauhmana
ia masih bersesuaian dengan situasi semasa. Penulisan ini akan merujuk kepada
perkembangan terkini di Malaysia sebagai sampel kepada masyarakat global kerana
Malaysia menerima pakai keempat-empat pandangan mazhab ahli sunnah wal-jamaah,
disamping perkembangan yang progresif ke arah mengemaskini statut keterangan
Islam sedia ada di negeri-negeri di Malaysia.