(Petikan Bab 4 Latihan Ilmiah 'Sihir : Pembuktian Di Mahkamah')
4.1 PENGENALAN
Penggubalan undang-undang berkaitan sihir
sudah semestinya suatu keperluan pada masa kini. Namun, sebelum undang-undang
itu digubal, ia perlu kepada beberapa elemen penting bagi menjadikan
undang-undang tersebut dapat dilaksanakan dan menepati prinsip penggubalan
undang-undang iaitu memberi keadilan dan menjaga hak orang yang tertakluk
padanya. Elemen seperti keterangan dan pembuktian adalah penting dalam menjaga
hak-hak individu supaya individu yang tidak bersalah tidaklah
sewenang-wenangnya dituduh di bawah kesalahan sihir.